Saturday, September 20, 2014

first time "segmen : blog review"


Assalamualaikum semua...


untuk pertama kalinya, akak akan buat satu contest. tapi bukan macam contest sangat pun.
ianya lebih kepada blog review 

tapi, kalau ada blog yang menarik mata hati akak ni, insyaAllah, akan ada pemenang bertuah yang dapat hadiah misteri serta special dari akak :)

segmen ni mudah jer.

follow blog akak ni

dah follow dah?

lepas tu, buat satu entry tentang segmen blog review ni 

(tak payah nak buat entry panjang-panjang pun..ikut suka hati korang lah..just letak gambar kat atas tu dengan link segmen ni pun dah cukup cantikk dah...hehehe)...

kemudian, copy paste entry tu di ruangan comment kat bawah ni

blogger yang bertuah akan di belog review kan oleh akak lah..hehe

tapi, jangan risau..sape-sape yang join semuanya akan akak letak link blog korang kat sidebar blog akak ni.ok?

tarikh tutupnya nanti akak akan bagitahu kemudian yer.

done !..terima kasih sebab sudi join <3


 photo ---.png

“" tak ada insan suci yang tak ada masa lampau...dan tak ada insan berdosa yang tak mempunyai masa depan.." (◕‿◕)

xde motif >3







 photo ---.png

“" tak ada insan suci yang tak ada masa lampau...dan tak ada insan berdosa yang tak mempunyai masa depan.." (◕‿◕)

Tuesday, September 09, 2014

#UteM @ Melaka


Assalamualaikum w.b.k

Salam sejahtera tuk semua...ececehhhh..skema ngat ayatnya..hikhikhik
Sebenarnya ini kali kedua saya dtg ke melaka ni..
Tahun lepas datang sebab ada trip kat sini.
Tahun ni datang sebab nak menghantar adik lelaki bongsu saya ni haa..
First time dapat tahu dia dapat futher study kat sini...ermmm..jauhhhhhh nya pak cik ooooiiii..
Jenuh nak menyampainya.
Tapi, dah dia nak, kita pun ikutkan jelah..

U dia pun boleh tahan jugak lah..baru lagi..asrama dia pun baru sgt2 lagi..diorg ni first yang rasmi kolej kediaman ni..beruntung korang yer..semua baru..
So, lepas hantar dia semua, sempat lagi lah jalan-jalan kat kota lama melaka tu..bawak mak dengan ayah..seronok diorg..jenuh menunggu diorg melawat muzium...pendek kata, sampai esok pun tak habis..yelah semua nya nak dibacanya..hahaha..sekali sekala kan..
Jalan pusing-pusing bandar ni tak yah cakap lah macamana lenguhnya kaki..yang tak boleh blah tu, gayat pulak masa naik tangga kota A famosa..tinggi weh..malu kokrang..hahahaha..mak ayah steady jer naik.

inshaAllah, ada jugak perancangan lepas ni nak datang sini lagi..adik pun ada kat sini 4 tahun kot..lama tu..itupun mak sedara cakap nak join sekali nanti..ramai-ramai lagi best kan jalan-jalan...lagipun, banyak lagi tempat yang tak pegi..tak sempat..huhuhu..

komen sikit : hotel memang murah kat sini..tapi kena bijak lah sikit..senang kalau boleh booking awal-awal..yang penting kena ada GPS sebab boleh pening jugak dengan jalan-jalan kat sini..barang-barang cenderahati pun boleh dikatakan murah-murah jgk lah..makanannya pun cukup berpatutan.

Selamat melancong !!!!













 photo ---.png

“" tak ada insan suci yang tak ada masa lampau...dan tak ada insan berdosa yang tak mempunyai masa depan.." (◕‿◕)

Saturday, September 06, 2014

heart

Assalamualaikum semua :)

Kadang-kadang, matahari yang kita sangka akan terus menyinari kita, memberi tenaga pada kita tak seindah yang kita sangka.

Buktinya, kena penyakit kulit ko mak cik minah oit..berjemur lama ngat bawah matahari ni haa..rosak kulit mak cik yer..bahaya tu mak cik..leh jadi kanser tuu..

Hehehe..motif?

Tak de motif apapun..cuma nak cakap, saya dulu pernah lalui zaman yang mana kita rasa dunia ni kita yang punya. Masa tu tak nampak apa dah..ada boyfren lah, ada geng kawan-kawan, tak payah nak fikir apa-apalah sbb masa tu komitmen pun tak de lagi..yang ada cuma belajar n belajar n belajar.
Manusia yang you olls kenal masa tu akan datang dan pergi dalam hidup you..at the end, Cuma tinggal mereka-mereka ini yang akan setia dgn you hingga ke akhir hayat you.

Sape?

You punya FAMILY

So, please. Be nice to them.

Keluarga ini adalah nyawa saya Lillahita’ala..sampaikan kalau ada sape-sape yang sentuh, confirm akan berhadapan dgn saya dulu.

walaumacamana pun dugaan yang melanda dalam family korang, please stick together.






 photo ---.png

“" tak ada insan suci yang tak ada masa lampau...dan tak ada insan berdosa yang tak mempunyai masa depan.." (◕‿◕)

hye semua !!!


Assalamualaikum semua :)


Dah lama bebenor ambe tak mengedate blog kesanyangan ambe ni.
Ikut hati rasanya nak delete terus jer.
Dah tak de ‘feeling’ nak bukak blog, nak update blog, apatah lagi nak menulis bagai.
Hurmmmm..
No no no..tak baik mengeluh cam ni.
Alahhhh..baru je berapa bulan..bukannya bertaun-taun tak bukak kan..relaxxx lar..
Hakhakhak
Lagipun ada ke yg kisah blog ambe ni ade ke tak..tak de yg kisah pom la..jgn nak perasan sgt lah yer.
Hihihihi
Kalu belog cam irine nadia marcello (maaf kalau salah ngejanya) tu yang tiba-tiba tak de baru org ramai kisah..betul kan?
Kecoh bila dia private kan dulu dia punya belog..ambe pun biasa jugak baca belog dia..jadi bila belog dia tak leh nak bukak, rasa pelik gak la..hehe.
Apa-apapun, cam ginilah viral belog punya pasal..zaman-zaman ambe dulu, mana ada semua ni..tel pun harapkan tel pondok cap ayam tu..ngeee..sekarang ni, penulis belog pun dah macam retis popular dah..

Jadi, konklusinya (tiba-tiba lak dah.hahaha), masa nak delete benda alah ni, terdetik pulak dalam ati ni. Sayang lah pulak kalau delete..bkn senang ni dulu nak buat benda ni..belajar bagai nak gila sebab nak pandai buat blog..padahal masa nak exam tak de lah study cam gini pom..haha..orang lain baru jer buat blog, followers beribu-ribu dah..ambe ni bertahun-tahun tapi takat tu jer follower ambe..hihihi..xpe, kualiti lebih penting dari kuantiti yer (org cakap).

Jadi, terima kasih banyak-banyak yer pada semua yg dah follow ambe selama ni..walaupun tak de apa pun lam belog ni..korang semua ttp ambe hargai..kalu ade yg ambe tak buleh nak follow balik tu, mintak maaf byk2 yer..mungkin ada kesilapan teknikal yg tak membolehkan ambe follow korang balik (bajet cam ramai jer follower ko kan..wekkk) Selagi ambe buleh menaip lagi, inshaAllah akn ambe cuba tak delete belog ni.hehehe.

Alhamdulillah..akan cuba perbaiki apa yang kurang..inshaAllah..aminnn..:)
Apa yang penting???
Kualiti ok !! bukan kuantiti..heeeee


 photo ---.png

“" tak ada insan suci yang tak ada masa lampau...dan tak ada insan berdosa yang tak mempunyai masa depan.." (◕‿◕)

Thursday, September 04, 2014

Segmen : Nak Blog URL By Macam-Macam Cerita


Assalamualaikum...

jom join <3



“" tak ada insan suci yang tak ada masa lampau...dan tak ada insan berdosa yang tak mempunyai masa depan.." (◕‿◕)