Saturday, March 17, 2012

Pelbagai petua & kegunaan Limau


Mewangikan & menyegarkan rambut:
Potong 7 biji limau nipis secara melintang. Kemudian gosokkan ke kulit kepala yang telah dibasahkan. Gosok rata sehingga air limau meresap ke akar rambut. Biarkan beberapa minit sebelum dibilas.
Menghilangkan bau badan:
Potong limau kasturi dan buang bijinya. Kemudian makanlah kulit limau kasturi itu bersama airnya. Amalkan selalu.
Melembutkan tapak kaki:
Ambil sedikit hampas kelapa dan campurkan dgn air perahan limau nipis. Gosokkan tapak kaki dgn bancuhan itu berulangkali. Amalkan sekurang2nya seminggu utk mendapatkan hasilnya.
Hilangkan lebam bawah mata:
Sapukan lebam itu dgn air perahan limau nipis. Lakukan sehingga beberapa kali.
Menghilangkan karat pada pakaian:
Perahkan air limau nipis kedlm bekas berisi satu sudu kecil garam halus. Kacau sehingga sebati dan sapukan pada pakaian yg terkena karat. Biarkan selama beberapa minit sebelum dibasuh dgn sabun & diberus seperti biasa.
Kulit cerah dan licin:
Ambil seiji limau nipis dan dibelah 2. Semasa mandi, gosokkan dgn lembut pada muka dan seluruh badan. Amalkan selalu.
Nota kaki: banyak lagi kelebihan buah limau ni sebenarnya..he3..

“" tak ada insan suci yang tak ada masa lampau...dan tak ada insan berdosa yang tak mempunyai masa depan.." (◕‿◕)

No comments:

Post a Comment