Monday, December 31, 2012

Life must be go on !


Assalamualaikum..

Dah nak masuk calendar baru dah ni..
Kejap jer masa berlalu kan..sedar tak sedar esok dah masuk tahun 2013..
So, tak kira lah apa yg dah belaku dlm hidup kita pada masa lalu, biarkan lah ia berlalu pergi..mcm air yang mengalir…cehhhh…berayat-ayat la pulak…heee
Apa-apa pun, hidup mesti di teruskan..jgn pandang belakang lagi…ada HANTU kat belakang tu..ding!
Pandang terus jer kat depan…biar sampai terlanggar tiang..haha !

Life must go onnnnnnnnnnnn !!





“" tak ada insan suci yang tak ada masa lampau...dan tak ada insan berdosa yang tak mempunyai masa depan.." (◕‿◕)

Thursday, September 20, 2012

Entry khas tuk budak comel ni:)



Assalamualaikum..

Nama di beri YUSJULIANA..tapi masa kat arau, kitaorg lebih suka panggil dia kojue..he3..comel sgt..(kak wani punya gelaran..semua org die letak ‘ko’ kat depan..jadilah koe,kojue,konis,kosha,koz…kak wani pulak kitaorg panggil kak sening..he3..jgn marah yer kak wani..peace)
Dulu duk arau pernah satu bilik dgn budak comel ni.tapi masa tu dah last sem dah.he3..lepah tu masa kat dungun, kojue sambung dulu, aku lambat skit sbb tunggu tawaran lain..so, kira aku ni junior kojue lah.he3..walaupun tak satu rumah dgn die,tapi still jgk lepak2 sbb kadang2 kitaorg ada satu kelas.
Kojue ni kan, dah la cantik manis orgnya, tapi pandai masak ok!..cakap lah korang nak makan apa, mesti dia boleh buat punya lah.he3..nampak jer die kecil molek mcm tu, tapi hati2 k..ganaz jgk tu..ha3..(jgn marah yer jue..hik3)..
So sweet..he3..kojue, lepah ni kita gi lepak2 lagi deh.he3 (walaupun tak tahu bile..huk3)..rindu kamu sgt2…rindu kamu bila kamu membebel mcm mak2..he3..tapi still jgk comel bila wak muka mcm tu.he3..
Thank you a lot coz being my fren sejak dari arau sampai lah ke dungun..love u so much!

p/s: eh budah kecik, bila lagi nak kawen nyer?? Sikecik-sikecik yg lain semua dah kawen.tinggal kamu seorg jer lagi..he3.







comel kan budak kecik ni?he3


“" tak ada insan suci yang tak ada masa lampau...dan tak ada insan berdosa yang tak mempunyai masa depan.." (◕‿◕)

Thank you a lot my fren



Assalamualaikum..

Aku bersyukur sbb aku ada sahabat2 yg sentiasa ada bila aku perlukan mereka..
Yg memahami aku saat aku tgh jatuh..
Ada kata-kata mereka yg cukup memberi kesan kpd aku..aku yakin sape2 yg membacanya juga pasti akan rasa tersentuh..

Antaranya yg masih aku pegang adalah:
“jangan terlalu fikirkan sgt apa yg dah berlaku..just muhasabah diri, zikir & hayati zikir tu dgn sepenuh hati sampai tertido..ingat Allah byk2..hati tenang kan?..Allah tak pernah berganjak dari kita, tapi kita yg selalu lupa Allah…”
“jangan risau dia tinggalkan kita, tapi risaulah kalau Allah tinggalkan kita..”

Terima kasih banyak2 tuk mereka yg bagi aku kekuatan & semangat tuk hadapi semua ujian ini..terima kasih sgt2..
Terutama sekali tuk kak wani, rani, en.ustaz dan lain-lain..


“" tak ada insan suci yang tak ada masa lampau...dan tak ada insan berdosa yang tak mempunyai masa depan.." (◕‿◕)

Kita Cuma manusia biasa.



Assalamualaikum..

Kita Cuma manusia biasa..pernah wak salah dan silap dlm hidup ni kan..

Tapi tak semua org boleh terima kesalahan kita apatah lagi nak memaafkan kita..

Jadi apa yg patut kita buat?

Redha..ikhlaskan hati..insyaAllah..Allah akn sentiasa ada dgn mereka yg benar..

Selagi kita kuat dan tak kan menyerah kalah, InsyaAllah..kita boleh lalui semua itu..

Tak ada yg mustahil dlm dunia kan..yg penting USAHA..usaha tangga kejayaan!

U can do it..amin..

may Allah bless ‘me’ always..


“" tak ada insan suci yang tak ada masa lampau...dan tak ada insan berdosa yang tak mempunyai masa depan.." (◕‿◕)

Wednesday, September 19, 2012

Cemburu org perempuan bersebab kan?



Assalamualaikum..

Dah lama tak update blog ni, tak sangka pulak rupa-rupanya masih ada yg sudi membaca blog aku yg tak seberapa ni..
Jadi, jutaan terima kasih aku ucapkan pada mereka yg setia dan tak jemu membaca dan membelek blog ni (walaupun org tu mungkin 1 dlm 1 juta.hehe)
Aku siap dengar citer ada yg kena marah oleh tunang dek krn si tunang die like blog aku ni..haahhaha..
Ok2..tak baik gelak mcm tu k..he3..sorry..sorry..
Demi Allah..aku bkn perampas hak org..tak salah rasenya sebagai seorg sahabat, die nak like & support tulisan2x aku ni..lagipun, tak terlintas lansung selama aku hidup ni nak ambik benda yg bukan hak @ milik aku..masyaAllah..mintak di jauhkan lah yer..hu3
Tapi perempuan mana yg tak cemburukan?
So, aku fhm sgt2..sbb aku pun perempuan..he3..jadi, aku susun 10 jari mintak ampun & maaf kalau ada sape2 yg terasa ati @ tersinggung dgn aku hanya kerana blog yg tah pape ni.huhu..

Rasenya tak salah kalau kita nak berkawan..tak kisah lah dia dah kahwin ke, dah tunang ke, gewe org ke, yg penting kita kenalah tahu batas2 kita..jgn terlalu over sampaikan dlm kita tak sedar, kita dah lukakan hati org lain..kita kena ingat, ada banyak hati yg perlu kita jaga..betul x?
Mungkin juga kita akan dengar alasan mcm ni:
“alah..kitaorg ni kawan jelah..dah lama ni kawan..tak kan itu pun nak cemburu kot?”
Mcm yg aku cakap tadilah..tak salah kita nak berkawan…dgn sape pun x pe..tapi, kalau dah bersayang-sayang, bertepuk bertampar, ber ‘miss you’ mcm tu, mungkin agak keterlaluan sikit..cuba cakap manusia mana yg tak berkecil hatinya?
Jadi pesan aku, jaga lah hubungan korang dgn baik..jgn terlalu berat sebelah..& yg penting jgn selalu sgt salahkan org lain atas kesalahan yg kita dah buat..ingat tu..he3..hubungan yg terjalin bukan semata-mata untuk kebahagian dunia, tapi juga tuk kebahagian di akhirat nanti..
Jagalah hati org2 yg kita sayang..bila sekali die terluka, mungkin dah terlambat nak perbetulkan keadaan..menyesal pun dah tak guna dah kan?

So, Don’t naughty2x k..he3 




“" tak ada insan suci yang tak ada masa lampau...dan tak ada insan berdosa yang tak mempunyai masa depan.." (◕‿◕)

Wednesday, June 13, 2012

insyaAllah..ini bukan yang terakhir



Assalamualaikum..



Aku masih ada…insyaAllah..syukur sbb Allah masih panjangkan umur aku..bangun tiap-tiap pagi, ucaplah rasa syukur itu kerana kita masih hidup..tapi jgn lupa, mungkin kita tak kan sempat hingga ke petang atau mungkin, kita tak sempat sampai ke malam dan mungkin juga kita kita tak kan sempat untuk ke esokkan paginya..

Aku bersyukur sgt-sgt dgn apa yg aku ada sekarang ni..aku bersyukur krn Allah jadikan aku seorg manusia yg punya akal…aku bersyukur sbb aku dilahirkan sebagai seorang yg beragama Islam..bkn manusia yg beragama yahudi, kristian @ agama lain…aku bersyukur kerana aku dilahirkan di sebuah negeri dan Negara yg cukup indah & aman damai ini..bkn nya di negara-negara yg sedang bergolak, berlaku peperangan, diskriminasi, kuku besi, @  mcm-mcm lagi..sbb itulah aku rasa cukup bersyukur dan bangga menjadi rakyat Kelantan dan juga rakyat Malaysia..

Aku bersyukur sgt-sgt sbb aku dilahirkan dengan cukup sempurna tanpa cacat celanya..aku bersyukur kerana aku masih punya ayah, ibu, adik, abg, kakak sejak aku lahir sampai lah sekarang..aku bertuah sbb aku masih punya mereka semua..aku bersyukur sbb Allah bagi kami sekeluarga rezeki walaupun ia tak sebanyak org lain..aku bersyukur krn kami masih dapat makan jika nak dibandingkan dgn org-org yg lansung tak ada pape..nak makan pun susah..
Bersyukurlah kita setiap masa..sedarlah diri..jgn lupa diri..(mcm aku…)sbb mungkin sekejap lagi Allah akan tarik semua itu dari kita..dan aku bersyukur sgt-sgt dengan apa yg Allah dah tentukan untuk aku dan masa depan aku..apa yg penting aku harus sabar dan teruskan berusaha..InsyaAllah..

Yang baik itu datang dari Allah..dan yg buruk itu datangnya dari aku…SubhanaAllah..


“" tak ada insan suci yang tak ada masa lampau...dan tak ada insan berdosa yang tak mempunyai masa depan.." (◕‿◕)

Apa itu kawan?



Assalamualaikum..

Kawan sejati bagi aku tak kan tinggalkan kawan-kawan die tika susah
(kalu time senang tu tak yah cakap la kan..huhu)
Walau susah mcmana sekalipun kawan-kawan die, die mesti akan stay
Bukan nya mengata, mengkritik
Tapi bagi sokongan, kata-kata semangat
Itu yang sepatutnya berlaku
Betul tak?
Aku cakap mcm ni sbb aku tahu aku mmg tak ramai kawan
Kalau ramai pun kenal sekejap jer
Lepas tu terus senyap
Kalau terserempak kat mana-mana, confirm akan buat-buat tak kenal…hakhakhak
(tak delah semua mcm tu ok..ngeeek)
Tapi…aku bertuah sgt-sgt sbb aku masih ada kawan yg stay dgn aku bila aku susah mahupun senang
Sentiasa bagi kata-kata semangat takkala kawan-kawan yg lain ‘mendown’ kan aku…bila yg lain menjauhkan diri dari aku…sedih kan..

Walaupun aku jarang contact die @ mesej die
Die still stay dgn aku
Sbb die tahu aku macamana (aku mmg jenis mcm tu…susah sgt nak menjawab telefon @ mesej..hukhukhuk…bad habit yg masih lagi menebal dlm diri..king!)
Tapi, budi die pada aku dan keluarga tak kan aku lupa sampai mati !
Tak terucap dgn kata-kata betapa aku menyayangi & menghargai insan yg bernama sahabat ini
Aku mmg tak pandai berkata-kata apatah lagi nak bermadah…hahaha..
(buta madah sungguh aku ni..so what?)
Cuma apa yg aku tahu, she was very – very the best fren that I have !

I love you so much kak wani !!
Thanks a lot for everything that you have done for me & I’m really-really appreciate it
You are such wonderful girl that I had ever met





p/s: entry khas buat kak wani..he3..rasenya sebelum ni pernah kot buat entry mcm ni..tapi tetap jugak nak buat..kong !!


“" tak ada insan suci yang tak ada masa lampau...dan tak ada insan berdosa yang tak mempunyai masa depan.." (◕‿◕)

Friday, May 25, 2012

Istiadat Konvokesyen Uitm ke-76



Assalamualaikum..

Akhirnya..tamat sudah aku menjadi student di Uitm dungun ni..
Terasa sayu sangat sbb aku dah dapat degree kan..
Sedih sbb nak tinggalkan dungun ni..(padahal sebelum ni mmg x suka pun duk sini..ha3)
Seriously, mmg agak sedih ar..huhu..
Apa-apa pun aku nak ucapkan terima kasih banyak2 kat semua org yg sentiasa support aku selama ni..
Kepada lecturer-lecturer aku sejak first aku masuk uitm lagi, kawan-kawan yg satu batch dgn aku (BBA (hons) Islamic banking)..kawan-kawan dari batch yg lain jugak..rakan-rakan yang satu bilik dan satu rumah sewa dgn aku..senior-senior dan junior-junior serta orang-orang di dungun ni..haha…memang satu kenangan terindah + penuh suka duka lah.
Tak lupa juga untuk keluarga tersayang yg sanggup datang ke majlis konvo aku ni..dan yang selama ni banyak menyokong aku..dan juga untuk seseorg yang cukup istimewa dlm hidup aku..thanks a lot coz give me the strength.
insyaAllah..perjalanan aku tak kan terhenti di sini..masih banyak lagi ilmu yg perlu aku timba..umur bukan penghalang k..he3..
























“" tak ada insan suci yang tak ada masa lampau...dan tak ada insan berdosa yang tak mempunyai masa depan.." (◕‿◕)

Thursday, May 10, 2012

Untuk mu yang bergelar Muslimah



Assalamualaikum..

Semoga Hijab Menjadi Pakaian mu..
Semoga Kesucian Menjadi Amalan mu..
Semoga Kesopanan Menjadi Perhiasan mu..
Semoga Syurga Menjadi Tempat mu…
p/s: InsyaAllah..amin…


“" tak ada insan suci yang tak ada masa lampau...dan tak ada insan berdosa yang tak mempunyai masa depan.." (◕‿◕)

Senyum!


Assalamualaikum..

Senyumlah walaupun dirimu disakiti!


“" tak ada insan suci yang tak ada masa lampau...dan tak ada insan berdosa yang tak mempunyai masa depan.." (◕‿◕)

Baik + skema + berjurus – kurang ajar = budak kurang ajar????



Assalamualaikum..

So, entry kita hari ni kawan2 adalah seperti diatas.
Siapa tu?
Aku lah tu kot..hakhakhak..
(baik ke aku???........ekh????)
Korang ada jugak ke macam tu?
Terus terang aku cakap, keluarga aku tak pernah ajar aku bersikap kurang ajar.
Walaubagaimanapun, dlm sesetengah hal yg tak dapat dielakkan, sikap kurang ajar itu ada jugak pada aku ni..
(maaf yer mak dgn ayah…hukhukhuk)
Aku ni simple jer sebenarnya..
Aku tak kan bersikap kurang ajar kalau tak ada sebab yg munasabah..
Yelah, gila lah namanya kalau kurang ajar tak bertempat..ye dak?
Jadi, konklusinya, jgn terkejut kalau nampak aku kurang ajar sikit..hahaha..
p/s: bukan nak tunjuk lagak @ berani..Cuma sekadar ingatan tuk diri sendiri dan jugak semua orang..jgn terlalu ikutkan perasaan..nanti kerana mulut, badan binasa..


“" tak ada insan suci yang tak ada masa lampau...dan tak ada insan berdosa yang tak mempunyai masa depan.." (◕‿◕)

Thursday, April 26, 2012

Memperkenalkan my baby’s bunnies



Assalamualaikum..

Kat sini aku nak kongsi salah satu pengalaman baru yg memang cukup berharga yg telah aku lalui..he3..memang seronok sgt2 lah.
Kalau kat rumah aku ni, mcm2 haiwan ada..tapi kalau yg paling aku kisah pun Cuma kucing la..ha3..burung, ayam, itik, lembu dll tu aku tak ambik port sgt~
So, nak dijadikan cerita, mase besday aku 2 tahun lepas, adik aku bawa balik 2 ekor anak rabbit yg comel sgt2..comel sbb arnab kacuk.he3..bkn arnab yg biasa2 ni tau.
Yg sekor tu aku panggil abit, yg sekor lagi x sempat nak bagi nama sbb x hidup lama…mmg agak terkilan lah..hu3..

Then, bila abit dah besar, kecian la pulak bila tgk die duk ‘meroyan’ sekor2 (al-maklum lah..arnab aku ni arnab jantan..ha2)
Lepas tu, aku merayu2 lah kat ayah aku suh belikan sekor arnab betina tuk dijadikan kekasih si abit ni..he3..sweet sgt!

Cari punya cari, ayah aku jumpa lah kawan die kat kg sebelah..mulanya org tu x nak jual pun arnab die, tapi last2 die jual jgk dgn harga 15 hinggit sekor..he3..
Akhirnya dapat jgk lah si abit teman yg kami beri nama si putih..si arnab kampong..he3
Mula-mula dapat tahu si putih bunting, die x lalu mkn tau..badan die pun nmpk gemuk skit..tapi sbb tak arif sgt sal arnab ni, wak don’t know jelah..he3..tgk2 mase aku nk gi kijer pagi tu, nampak lah 3 ekor anak die..mcm anak tikus aku tgk..tergolek2 kesejukan..masa tu mmg si putih wak tak tahu jerk at anak2 die tu..so, aku ambik anak2 die letak dlm bekas..balik kijer petang tu, try jgk bagi kat si putih suh die susukan anak2 die tu..tp, boleh pulak die melompat sane sini..kecian si anak ni..huhu..

Aku pun ikhtiar la suapkan susu tepung anak sedara aku punya..tapi anak2 arnab ni bertahan selama 3 hari jer..huhu..nmpak sgt anak2 arnab ni xleh terima susu biasa.
Lepas tu, si putih beranak lagi tau..tapi tgk2 anak2 die dah mati semua..mungkin tak cukup bulan kot sbb si putih ni hyperactive sgt2..x mcm arnab lain..
Putus asa jgk lepas tu..kecian pulak bila fkir anak2 die x kan hidup lama..
Tapi entah macmana aku tergerak hati nak cari dlm internet sal penjagaan arnab ni especially babies die..rupa2nya mmg banyak gile info..ha2..mmg aku la yg silap sbb x cari awal2 maklumat2 penting tu.

Then, si putih beranak lagi buat kali ketiga..dan alhamdullilah, 7 ekor kali ni..5 ekor warna putih, 2 ekor lagi warna kelabu..tapi kali ni, anak2 die sihat belaka…sayangkan kalau semuanya mati..
So, aku usahakan lah paksa si putih bagi susu kat anak2 die..2x kali sehari pagi dan petang..mula2 agak susah jgk sbb si putih ni liar skit kn..nk pegang die mmg susah la..tapi lama2 x pyh2 dipegang dah si putih ni..Cuma kena tengok2 lah takut2 die nak lari ke, melompat2 atas anak2 die ke.
Bayangkan lah dlm masa 2 minggu ni, mmg kijean aku mengadap si arnab ni jer..nak suh anak2 die hidup punya pasal..

Dan sekarang, aku patut rasa puas hati dan lega sgt2 sbb anak2 die dah besar n sihat2 belaka..jika sebelum ni kalau waktu mlm aku letak anak2 die dlm rumah (dasyat kan aku..ha3..aku mmg mcm ni pun!), tapi sekarang aku dah letak anak2 die dlm sangkar sekali dgn ibu die..syukur Alhamdulillah..berbaloi jgk kan..he3..
Harapan aku moga anak2 si putih dgn si abit ni akan membesar dgn baik..he3..Amin..
1st week




2nd week




Now!









“" tak ada insan suci yang tak ada masa lampau...dan tak ada insan berdosa yang tak mempunyai masa depan.." (◕‿◕)

Monday, March 19, 2012

Kalau lah waktu itu boleh diundur..


Assalamualaikum..

Kalau lah waktu itu boleh diundur & diputarkan kembali..akan aku ubah apa yg telah berlaku dlm hidup aku selama ini..aku menyesal dengan apa yg telah aku buat selama ini..
Kalau lah waktu itu boleh diundur, akan aku belajar bersungguh-sungguh..bkn bermain cinta, bkn bermain semata..maka akan tercapailah cita-cita aku..menjadi seorang doctor @ cikgu yang Berjaya..
Kalau lah waktu itu boleh diundur, akan aku guna kan masa itu untuk menjadi manusia yang berguna dikemudian hari..yakni di masa kini..
Tapi..
Siapalah aku utk meminta itu semua berlaku..aku tak patut mengeluh, mengenangkan apa yg telah berlaku..aku tak layak..
Tak guna aku menyesal sekarang kerana semuanya dah terlambat..dan Siapalah aku utk mengubah takdir Allah..
subhanaAllah..


“" tak ada insan suci yang tak ada masa lampau...dan tak ada insan berdosa yang tak mempunyai masa depan.." (◕‿◕)

Sunday, March 18, 2012

When your heart was gone


Assalamualaikum..

Aku tak pernah meminta lebih…cukup sekadar cinta dan kasih sayang yang Cuma singgah sebentar saje kat dunia ni..
Aku tak pernah memaksa utk dapatkan yang terbaik..cukup sekadar dirimu yg akan melengkapi hidup aku..
Tapi..
Bila cinta dan kasih sayang itu sudah mulai hilang..apa lagi yg mampu aku katakan?
Tiba satu saat, Kamu akan pergi meninggalkan aku..
dan aku? aku redha..yer..aku redha krn aku Cuma manusia biasa yg selama ini selalu membuat silap..
aku redha ya Allah..


“" tak ada insan suci yang tak ada masa lampau...dan tak ada insan berdosa yang tak mempunyai masa depan.." (◕‿◕)

Speechless..


Assalamualaikum

I’m alone..
Everything was gone..
And It’s hurting me..
I’m speechless..
Until when?

“" tak ada insan suci yang tak ada masa lampau...dan tak ada insan berdosa yang tak mempunyai masa depan.." (◕‿◕)

Saturday, March 17, 2012

Pelbagai petua & kegunaan Limau


Mewangikan & menyegarkan rambut:
Potong 7 biji limau nipis secara melintang. Kemudian gosokkan ke kulit kepala yang telah dibasahkan. Gosok rata sehingga air limau meresap ke akar rambut. Biarkan beberapa minit sebelum dibilas.
Menghilangkan bau badan:
Potong limau kasturi dan buang bijinya. Kemudian makanlah kulit limau kasturi itu bersama airnya. Amalkan selalu.
Melembutkan tapak kaki:
Ambil sedikit hampas kelapa dan campurkan dgn air perahan limau nipis. Gosokkan tapak kaki dgn bancuhan itu berulangkali. Amalkan sekurang2nya seminggu utk mendapatkan hasilnya.
Hilangkan lebam bawah mata:
Sapukan lebam itu dgn air perahan limau nipis. Lakukan sehingga beberapa kali.
Menghilangkan karat pada pakaian:
Perahkan air limau nipis kedlm bekas berisi satu sudu kecil garam halus. Kacau sehingga sebati dan sapukan pada pakaian yg terkena karat. Biarkan selama beberapa minit sebelum dibasuh dgn sabun & diberus seperti biasa.
Kulit cerah dan licin:
Ambil seiji limau nipis dan dibelah 2. Semasa mandi, gosokkan dgn lembut pada muka dan seluruh badan. Amalkan selalu.
Nota kaki: banyak lagi kelebihan buah limau ni sebenarnya..he3..

“" tak ada insan suci yang tak ada masa lampau...dan tak ada insan berdosa yang tak mempunyai masa depan.." (◕‿◕)

Meng-update gambar latest


Assalamualaikum..

Dah lama aku tak meng-update gambar terbaru kan
(mcm lah ada yg nak tgk..biarlah..nk jgk tunjuk..hikhikhik)
Aku skrg ni dah jadi mcm ala-ala kuih apam yg tembam tu dah..
Seronok ke?
Seronok la sbb aku dah mula mengeluarkan lemak tak berguna ni..hehehe..
Apa2pun, see it by yourself lah yer..
Hahahaha (gelak tak siuman..??)







p/s: sebenarnya gambar yg banyak ni (banyak ker??) gambar anak2 buah & adik aku jer..ngeee~~~



“" tak ada insan suci yang tak ada masa lampau...dan tak ada insan berdosa yang tak mempunyai masa depan.." (◕‿◕)

Merajinkan diri meng-update blog



Assalamualaikum..

Seronok baca blog org yg selalu update.
Blog sendiri???
Hampeh!!
Hahaha (gelak entah pape)
Sunyi sepi jer blog aku ni..
Tu yg jadi macam malas jer nak bukak..
Tak meriah mcm blog org lain..
So????
Ade mak kisah?
Xde sape kisah pon mak cik sepet oi..
Hahahaha (gelak ada makna)
Konklusinya, hayati lah gmbr belakang aku yg x ada makna pape ni..hihikhik



Sekian..

p/s: ‘tersewel’ skit tiba-tiba…wink!

“" tak ada insan suci yang tak ada masa lampau...dan tak ada insan berdosa yang tak mempunyai masa depan.." (◕‿◕)

Wednesday, January 18, 2012

Tak mati pun kalau putus cinta


Assalamualaikum..

Aku sebenarnya kalau ckp bab-bab putus cinta ni mmg sensitive skit..tapi sampai bila kan.hidup harus di teruskan..sekurang-kurangnya aku patut bersyukur sbb umur aku masih panjang utk teruskan hidup ni dan teruskan bertaubat..betul tak?
Seriously, korang tak kan mati kalau korang putus cinta (kecuali kalau korang sengaja bunuh diri)..mmg tak dinafikan bila putus cinta jer ada sesetengah dari kita ni yg terfikir nak mati kan.betul tak?...cuba korang fikir-fikir balik, kalau korang mati, die akan balik semula ke kat korang?lagilah tak kan langsung kan.so, buat apa korang nak bunuh diri..die seronok dgn perempuan lain kat dunia ni, korang terseksa kat neraka sana.apa kes?
Biasalah org pompuan ni bile putus cinta..aku pernah lalui saat-saat genting mcm tu..mmg tak dinafikan teruknya perasaan korang masa tu kan. But plez la..korang masih ada masa depan..tak kan la masa depan korang hancur hanya sbb korang putus cinta. Tak logic kan..jgn jadi mcm aku sudah la..haha..org suh sekolah, aku pergi main-main cinta..ngokngek betul aku ni..bila dah jadi penganggur berjaya mcm sekarang ni, tak ke merugikan.
So, tuk remaja-remaja yg masih muda lagi tu, focus lah pada study korang k..nak bercinta boleh.(mcm aku..haha)..tapi biar dgn cara yg betul k..kalau korang putus cinta, jgn nak salahkan org lain pulak k..muhasabah diri sendiri kenapa, mengapa, bagaimana korang boleh jadi mcm tu. Dan yg paling penting, Allah ada sbb kenapa die ciptakan kita sebagai khalifah kat dunia ni..kalau dah mmg die bkn jodoh kamu, redha lah..jgn sesekali menyalahkan takdir..mungkin ada lagi yg lebih baik yg sedang menunggu korang iaitu bakal suami korang (kecuali korang kawen muda).
Menangis itu bagus utk menguatkan hati kita..tapi biar lah berpada-pada..jgn sampai jadi mcm kasim selamat sudah la..always be +ve…sekian..


“" tak ada insan suci yang tak ada masa lampau...dan tak ada insan berdosa yang tak mempunyai masa depan.." (◕‿◕)