Sunday, December 18, 2011

Petua kecantikan (bahagian 1)



Assalamualaikum..

  • Merawat kulit berkedut:
Parutkan sebatang lobak merah yg telah dibersihkan, lalu dicampurkan bersama sesudu tepung jagung dan sebiji kuning telur. Sebatikan bancuhan itu lalu dioleskan kepada kulit sekali sehari. Amalkan sehingga berkesan.

  • Segarkan mata:
sapukan minyak zaitun disekeliling mata sebelum tidur.

  • Menaik kan seri muka:
Basuhkan muka anda dengan menggunakan air basuhan beras yg ke-3. Bilas dengan air bersih setelah 10 minit berlalu. Amalkan selalu.

  • Mengelakkan keguguran rambut:
Ambil lemak ayam dan masak sehingga menjadi minyak. Sapukan ke kulit kepala. Seelok-eloknya pada waktu malam. Amalan ini juga dapat mencegah kelemumur.

  • Bibir pecah:
Bancuhkan air suam bersama gula merah dan sedikit asam jawa kemudian di minum beberapa kali. Amalkan selalu.

  • Tumit pecah:
gosok kan tumit kaki dengan menggunakan belimbing buluh. Kemudian berus tumit kaki dgn barus lembut. Amalkan selalu.

Nota kaki: keberkesanan bergantung kepada setiap individu k..


“" tak ada insan suci yang tak ada masa lampau...dan tak ada insan berdosa yang tak mempunyai masa depan.." (◕‿◕)

No comments:

Post a Comment