Saturday, February 26, 2011

Family day ISBAC 2011


Last aku pergi family day mase diploma kat Arau dulu..hehehe..
Ni dah last sem aku kat dungun ni..baru terasa baik hati nk join..
Hehehehe..dasyat x aku?
Apa2 pun mmg puah hati giler2 la hari ni..
Dah lama x main kan..hehehe..seronok giler.
Yg paling best, tuk semester ni kitaorg (bdk2 ISBAC) mnjadi juara.
Wahhhh..bangga tu..
Lebih2 lg aku main jgk kan..
Hehehe..
Yg x tahannya, balik2 jer, mmg burn giler2 la kulit aku..
Hukhukhukhuk..
Seronok sbrnya kalu ada event2 mcm ni..mse mcm ni lah kite nk kenal senior2 kite, junior kite..betul x?
Tp, x ramai nk join..mcm tadi lah..berapa kerat jer yg dtg..so, nk x nk, kitaorg jer yg main semua game yg ada..haahaha..muke kitaorg jer yg x tahan nya asyik duk melalak kt padang tu..heee..
Yg paling gempak sekali game tarik tali tu..jgn x tahu, rupa2nya bdk2 perempuan ISBAC ni kuat2 belako..hahaha..juara tu tuk tarik tali…hahahaha..nmpk jer kami skema time kelas..
Tp, bile join aktiviti2 mcm ni, kami pon gempak jgk tau!!!
Caya lah ISBAC!!!!
Mmg enjoy giler2 lah hari ni..korang mmg sporting habis tu..hahahaha
Rugi tau sape2 yg x join td..lagi2 ni sem last dah kan..lepas ni mgkin susah dah nk rasa pengalaman2 mcm ni..sayangkan..
K lah, ni jer pic yg sempat kitaorg snap..
Sibuk sgt main..x smpt nk bergambar..hehehe..






“" tak ada insan suci yang tak ada masa lampau...dan tak ada insan berdosa yang tak mempunyai masa depan.." (◕‿◕)

Monday, February 21, 2011

Antara lobak, telur dan kopi, kita yg mana?



Antara lobak, telur dan kopi, kita yg mana?
(oleh istisafa tazkirah)

annasr menulis "Seorang anak mengeluh pada ayahnya mengenai kehidupannya dan bertanya mengapa hidup ini terasa begitu sukar dan menyakitkan baginya. Dia tidak tahu bagaimana untuk menghadapinya dan hampir menyerah kalah dalam kehidupan. Setiap kali satu masalah selesai, timbul pula masalah baru.

Ayahnya yang bekerja sebagai tukang masak membawa anaknya itu ke dapur. Dia mengisi tiga buah periuk dengan air dan menjerangkannya diatas api. Setelah air didalam ketiga periuk tersebut mendidih, dia memasukkan lobak merah didalam periuk pertama, telur dalam periuk kedua dan serbuk kopi dalam periuk terakhir.

Dia membiarkannya mendidih tanpa berkata-kata. Si anak tertanya-tanya dan menunggu dengan tidak sabar sambil memikirkan apa yang sedang dilakukan oleh ayahnya. Setelah 20 minit, si ayah mematikan api.

Dia menyisihkan lobak dan menaruhnya dalam mangkuk, mengangkat telur dan meletakkannya dalam mangkuk yang lain dan menuangkan kopi di mangkuk lain.

Lalu dia bertanya kepada anaknya, "Apa yang kau lihat, nak?" "Lobak, telur dan kopi", jawab si anak. Ayahnya meminta anaknya merasa lobak itu. Dia melakukannya dan berasa bahawa lobak itu sedap dimakan.

Ayahnya meminta mengambil telur itu dan memecahkannya. Setelah membuang kulitnya, dia dapati sebiji telur rebus yang isinya sudah keras.

Terakhir, ayahnya meminta untuk merasa kopi. Dia tersenyum ketika meminum kopi dengan aromanya yang wangi. Setelah itu, si anak bertanya, "Apa erti semua ini, ayah?" Ayah menerangkan bahawa ketiga-tiga bahan itu telah menghadapi kesulitan yang sama,
direbus dalam air dengan api yang panas tetapi masing-masing menunjukkan reaksi yang berbeza.
Lobak sebelum direbus kuat, keras dan sukar dipatahkan. Tetapi setelah direbus, lobak menjadi lembut dan mudah dimakan. Telur pula sebelumnya mudah pecah dengan isinya yang berupa cairan. Tetapi setelah direbus, isinya menjadi keras.

Serbuk kopi pula mengalami perubahan yang unik. Setelah berada didalam rebusan air, serbuk kopi mengubah warna dan rasa air tersebut.
"Kamu termasuk golongan yang mana? Air panas yang mendidih itu umpama kesukaran dan dugaan yang bakal kamu lalui. Ketika kesukaran dan kesulitan itu mendatangimu, bagaimana harus kau menghadapinya ?

Apakah kamu seperti lobak, telur atau kopi ?" tanya ayahnya.

Bagaimana dengan kita ? Apakah kita adalah lobak yang kelihatan keras, tapi dengan adanya penderitaan dan kesulitan, kita menyerah menjadi lembut dan kehilangan kekuatan. Atau, apakah kita adalah telur yang pada awalnya memiliki hati lembut, dengan jiwa yang dinamis , Namun setelah adanya kematian, patah hati, perpisahan atau apa saja cabaran dalam kehidupan akhirnya kita menjadi menjadi keras dan kaku.

Dari luar kelihatan sama, tetapi apakah kita menjadi pahit dan keras dengan jiwa dan hati yang kaku? Atau adakah kita serbuk kopi ? Yang berjaya mengubah air panas, sesuatu yang menimbulkan kesakitan, untuk mencapai rasa yang maksimum pada suhu 100 darjah celcius.

Ketika air mencapai suhu terpanas, kopi akan terasa semakin nikmat.
Jika kita seperti serbuk kopi, ketika keadaan menjadi semakin buruk atau memuncak, kita akan menjadi semakin baik dan membuat keadaan disekitar kita juga menjadi semakin baik.

Samalah halnya dengan serbuk kopi yang berjaya mengubah air panas yang membakarnya menjadikan ia lebih sedap dan enak untuk diminum.
Antara lobak, telur dan kopi, kita yang mana?


“" tak ada insan suci yang tak ada masa lampau...dan tak ada insan berdosa yang tak mempunyai masa depan.." (◕‿◕)

Love Theme From "Titanic"



Every night in my dreams
I see you. I feel you.
That is how I know you go on.

Far across the distance
And spaces between us
You have come to show you go on.

Near, far, wherever you are
I believe that the heart does go on
Once more you open the door
And you're here in my heart
And my heart will go on and on

Love can touch us one time
And last for a lifetime
And never go till we're one

Love was when I loved you
One true time I hold to
In my life we'll always go on

Near, far, wherever you are
I believe that the heart does go on
Once more you open the door
And you're here in my heart
And my heart will go on and on

There is some love that will not
go away

You're here, there's nothing I fear,
And I know that my heart will go on
We'll stay forever this way
You are safe in my heart
And my heart will go on and on

“" tak ada insan suci yang tak ada masa lampau...dan tak ada insan berdosa yang tak mempunyai masa depan.." (◕‿◕)

Akhlaq Itu Bukan Lalang



Akhlaq itu bukan lalang
Tumbuh sendiri di tanah lapang
Tak perlu baja, tak perlu dijaga
Naik sendiri tumbuhnya melata
Akhlaq itu adalah buah
Tumbuh bergantung di pohon berakar
Perlu dibenih agar bercambah
Dibaja subur hingga membesar
Akar itu ibarat Aqidah
Menambat amal kepada Allah
Telah kenal Tuhan yang disembah
Dalam ke luar, jiwa berserah
Dahan dan daun umpama Ibadah
Memproses Aqidah berpandukan Sunnah
Kaifiyatnya menuntut tepat dan sah
Tibanya musim, pohon berbuah
Aqidah, Ibadah, akhirnya Akhlaq
Itulah Syariah, agama yang Haq…


“" tak ada insan suci yang tak ada masa lampau...dan tak ada insan berdosa yang tak mempunyai masa depan.." (◕‿◕)

Kenangan Naik basikal


Tadi mase balik dr kelas
(dgn menaiki van kuning yg ckup mengegarkan..hehehe)
Ternampak lah aku sekumpulan budak2 sekolah tgh kayuh basikal..
(mungkin baru balik dr sekolah kot..tgk la jam kul brp..ish3..)
Teringat la pulak mase aku zaman sekolah dulu..
Mcm tu lah jgk..
X kira hujan ke panas ke..
Redah jer…
Janji aku pergi sekolah..
(skema x aku???hehehe)
Aku ingat lg mase awal2 tahun…
Mase tu kan musim tengkujuh x hbs lg..
Jadi, sekolah start pon dlm keadaan hujan la waktu tu kan..
Dalam hati tu mmg x nk gi sekolah dah..hehehe..yelah..hujan lebat tuuuu..
Tapi..ayah aku (garang gile2 dulu ni..hukhukhuk)
Die pakse jgk aku gi sekolah..
Ayah: “nor!!!!gi koloh nuh!!!”
Aku: “huje kan ni ayoh”
(sambil menangis dah ni.hehehe)
Ayah: “payung ado, baju huje ado nih!!”
Aku pun dlm keadaan masam mencuka, menangis dll lg,
Pergi lah jgk ke sekolah..huhuhu..
(sorang2 pulak tu kayuh basikal pagi2 buta..mmg berani la..hahaha)
Nak tahu apa yg aku buat sbb x nk basah?
Ok..mula2 buku2 aku aku letak dlm plastic..bungkus 2 lapis tu..hehe..
Kasut sekolah pon letak dlm plastic jgk..
(So, kaki ayam la aku..hehe..)
X nk bagi basah baju lak, aku pakai lah baju hujan yg ayah aku bg tu..huhuhu..
(besar giler…saiz org dewase kata kn..)
Sambil2 kayuh basikal tu, aku bawak lah jgk payung..hehehe..
Terhuyung hayang dlm hujan lebat mcm tu..
Sampai2 sekolah, cnfirm2 la basah jgk kain sekolah..
Jadi, apa lg..berjemur lah bawah kipas..hehehe..
Mcm tu lah kehidupan aku waktu sekolah dulu..org lain sume naik motor..aku jer yg masih kayuh basikal sampai ting.5..tapi, seronok..sbb aku berpeluang merasai pengalaman mcm tu yg aku yakin x semua org dpt merasai nya..
Betul x?
Aku bahagia sbb hidup dlm kenangan2 masa lalu aku..


“" tak ada insan suci yang tak ada masa lampau...dan tak ada insan berdosa yang tak mempunyai masa depan.." (◕‿◕)

Friday, February 18, 2011

Aku yg bertuah..



Sesungguhnya aku adalah seorg hamba-Nya yg cukup bertuah..
Walaupun hidup aku x mcm kawan2 aku yg lain..
Tapi..aku bertuah…

Aku bertuah sbb aku masih punya ma dgn ayah…

Dan semestinya aku bersyukur krn hidup ku skrg masih dgn mereka, susah senang aku skrg ni masih dgn mereka..ada kawan2 aku yg dah x ada mak @ ayah..bayangkan lah mcmana..aku yg dah biasa dgn kehadiran ma & ayah sepanjang hidup aku ni pun x dpt bayangkan kalau aku akan kehilangan mereka suatu hari nnti…

Aku bertuah sbb aku punya adik beradik yg ramai…

Ramai yg tanya…x serabut ke adik beradik ramai ni?..dan jawapan aku…aku bersyukur krn aku punya adik beradik yg ramai..sbb hidup aku penuh terisi dgn gelak tawa mereka, senda gurau mereka, tangisan mereka, kenakalan & kemarahan mereka…mungkin ada yg sangka aku garang2 dgn adik2..tp, percayalah…mereka adalah nyawa aku..marah aku sbb aku syg mereka..bkn sbb aku benci..

Aku bertuah sbb aku punya kawan…

Walaupun susah nak cari yg benar2 ikhlas kawan dgn kita..tp aku x kisah..sbb aku ikhlas dgn mereka…dan tentulah aku bersyukur sgt2 sbb aku di kurniakan sahabat2 yg x pernah jemu buat aku ketawa, buat aku gembira..aku tahu aku bkn seorg sahabat yg baik sbb pernah ada yg terluka krn aku..maafkan aku sahabat…aku bkn spt yg kamu sangkakan..tp,kadang2, ada perkara2 yg kita x boleh elak drpd berlaku..namun, aku mohon, jgn sesekali ada yg membenci aku atas segala kesilapan yg telah aku lakukan..

Aku bertuah sbb aku punya org2 yg menyayangi..

aku bersyukur sgt2 sbb masih ada yg sudi menyayangi & mencintai diri aku yg serba kekurangan ni..

aku bersyukur krn Allah masih bg aku peluang utk buka mata & melihat segala anugerah yg Allah telah bg kat aku..
aku bertuah sbb Allah masih menyayangi aku walaupun telah byk dosa aku lakukan..
terima kasih ya Allah…

“" tak ada insan suci yang tak ada masa lampau...dan tak ada insan berdosa yang tak mempunyai masa depan.." (◕‿◕)