Thursday, January 27, 2011

Bunga yang cantik


            


Bunga yang kembang dan cantik itu jarang yang wangi... 
Begitulah orang yang cantik jarang berbudi.."
 
Apabila si gadis dipuji dengan kata-kata,
 "Awak ni cantiklah", 
maka akan menguntumlah sebutir senyuman dibibirnya dan berbungalah hatinya. 
Tersipu-sipulah ia. 
Ah... siapa yang tidak seronok bila dikatakan cantik dan lawa?
 Begitulah resam manusia, seronok bila dipuji kecewa bila dikeji.
 
Tetapi lain halnya bagi si mukmin yang merasa dirinya miskin dengan Tuhannya. 
Terasa kerdil tatkala berhadapan dengan pujian dan sanjungan manusia. 
Wanita yang cantik selalu ditimpa 'perasan' kerana sedar dirinya punya kelebihan. 
Kata orang, wanita cantik banyak mahunya. 
Diri rasa bangga, seisi dunia mahu digenggamnya. 
Kalau ia seorang gadis dirinya sanggup menjadi tukaran dengan wang yang beribu. 
Ada pula yang rela menjadi andartu. Hidup liar bak merpati, senang didekat dan ditangkap lari.
 
Jika ia seorang isteri yang sedar dan bangga dengan kecantikkannya maka suamilah yang menjadi mangsa.
 Si suami selalu melutut dan kalah dengan kehendak dan karenahnya. 
Lebih malang jika si suami pula suka akan kecantikan isterinya. 
Ia menyayangi isteri atas dasar kecantikannya. 
Jadilah suami laksana lembu yang dicucuk hidungnya. 
Ke mana diarah di situlah perginya, alangkah dayusnya dia. 
Si isteri yang cantik rupawan akan merajuk dan meragam seandai 
kemahuannya tidak tercapai, mengugut, merajuk hendak balik kampung atau minta cerai. 
Alangkah indahnya jika si isteri tadi, kecantikannya
 digunakan untuk meniup semangat jihad ke lubuk hati mujahidin.
 
Ketahuilah, keutamaan dan nilai diri seorang wanita sama ada cantik atau tidak adalah pada akhlaknya.
 Kalau ia seorang isteri, ketaatannya pada suami adalah akhlak yang indah.
 
Wanita yang cantik tetapi tidak berbudi pekerti tinggi,
 lebih-lebih lagi isteri yang cantik yang derhaka pada suami adalah ibarat bunga raya. 
Cantik warnanya harumnya tiada. 
Sebaliknya wanita yang tidak  cantik tetapi berakhlak mulia, taat suaminya, sentiasa mencari
keredhaanNya, ibarat bunga cempaka. 
Tiada rupa tetapi harumnya memikat jiwa. 
Antara bunga raya dan bunga cempaka pastilah cempaka diminati orang. 
Kasihan si bunga raya, tidak dijual atau dipakai orang.
 Ibarat gadis murahan yang mempertontonkan kecantikan. 
Konon nanti ada yang berkenan tetapi tidak sedar diri jadi mainan.
 
Wanita yang tidak cantik pula jika tidak berakhlak akan meyakitkan hati dan mata. 
Ibarat bunga yang tidak cantik tidak pula harum dan wangi. 
Maka tiadalah apa-apa tarikan dan keindahan padanya. 
Usah bangga dan usah pula risau akan paras rupa untuk merebut kasih sayang manusia. 
Tetapi marilah berlumba-lumba untuk menjadi wanita yang bertaqwa dan berakhlak mulia. 
Nescaya disayangi Allah serta makhluk-makhlukNya.
 
Seharusnya diri yang dikurniakan Allah dengan nikmat kecantikan sentiasa resah jiwanya. 
Bukan kerana takut luput kurniaan itu dari dirinya. 
Bukan jua kerana ada yang iri hati dan mahu menganiayai atau menandingi kejelitaannya.
 Resah adalah kerana menghitung-hitung
pahala-pahala yang tinggal akibat pujian dan sanjungan 
manusia yang bakal menjerumuskan dirinya ke jurang neraka.
 Mengira-ngira bagaimana untuk meruntuhkan 
gunung mazmumah akibat dari kecantikan diri yang dijulang bagaikan mahkota. 
Apa lagi jika kecantikan itu hidangan setiap insan, cantik indah tetapi hina terdedah.
 Menjadi mainan nafsu dan syaitan.
 
Bersyukur dengan segala nikmat Tuhan. 
Baik buruk,cantik hodoh itu adalah pemberiNya. 
Yang berwajah cantik atau hodoh sama-sama perlukan persediaan. 
Akan tiba saatnya jua di mana yang berwajah cantik indah 
dikerumuni oleh cacing dan ditimbusi tanah di liang lahad yang gelap lagi sunyi. 
Tatkala itu bersandinglah manusia dengan kematian.
 Apakah baru di kala itu mahu diucapkan nikmat iman dan Islam itulah 
sebesar-besar pemberian Tuhan? Baru sanggup berjuang, 
berkorban apa saja demi mendapatkannya?
 
Sebelum segala-galanya terlewat sama-samalah kita daki anak-anak 
tangga menuju ke puncak taubat. Asal manusia dari setitis mani yang hina. 
Sehina itulah pula diri wanita. Kenangilah nasib diri di hari penghisaban. 
Segala pinjaman Tuhan itu, untuk apa digunakan.
 
Lunakkan hati, tenangkan perasaan. Lihatlah ke seluruh penjuru alam. 
Di mana saja mata menjurus di sana ada tanda keagungan Tuhan. 
Dongakkan kepala ke langit biru, tundukkan wajah ke bumi yang hijau. 
Saksikanlah kilauan mentari, percikan cahaya bulan dan bintang.
 Langit yang dijadikanNya tidak bertiang, gunung-ganang tidak berpancang. 
Usah terlena dibuai keindahan, sesungguhnya pada segalanya itu terkandung pengajaran: 
 
"Dan apa sahaja nikmat yang ada padamu dari Allahlah datangnya,
 dan 
bila kamu ditimpa kemudaratan maka hanya padaNyalah kamu meminta pertolongan." 
 An-Nahl:53 
 


“" tak ada insan suci yang tak ada masa lampau...dan tak ada insan berdosa yang tak mempunyai masa depan.." (◕‿◕)

my naruto



eh?????

aku suke naruto ke??????

sejak bile aku suke naruto ni??????????

pelik ni....

heeeeeee..

x pelik pon..aku mmg suke tgk kartun..

x kisah la kartun apa pon..

jnji kartun tu comel mcm si naruto ni..heehehe..

“" tak ada insan suci yang tak ada masa lampau...dan tak ada insan berdosa yang tak mempunyai masa depan.." (◕‿◕)

kenapa mesti menipu?



Just gonna stand there and watch me burn
Well that's alright because I like the way it hurts
Just gonna stand there and hear me cry
Well that's alright because I love the way you lie


kenapa mesti menjadi seorg yg suke menipu???

perlu ke kita menipu dlm hidup ni?

ada sape2 yg buleh tolong jawab x?

erm...

nk menipu x salah..

tp biar lah kena dgn keadaan nya...

menipu yg baik x salah kn?

tapi kalau dah sampai menipu org hidup2 tu..

menipu sehingga buat hidup org lain merana,

bkn manusia dah namanya tu..

renung2 kn..dan selamat berfikir lah yer..

hehehe..




“" tak ada insan suci yang tak ada masa lampau...dan tak ada insan berdosa yang tak mempunyai masa depan.." (◕‿◕)

esok balik cuti rayer cina dah..



seronok jer kalu bab cuti ni kn?hehehe

bukan cuti rayer kite pom..tp kita pulak yg lebih2 nk bercuti..

ish3...

tp lepas balik dr cuti nnti, asement, test mula lah bertimbun2..

huhuhuhu..bab ni yg kurang skit ni..heee

apa2 pon..selamat bercuti lah..



“" tak ada insan suci yang tak ada masa lampau...dan tak ada insan berdosa yang tak mempunyai masa depan.." (◕‿◕)

Thursday, January 20, 2011

Semuanya sudah di takdir kan…betul x??




Kita sebagai hamba Allah…x kan tahu apa yg akan berlaku pada kita suatu hari nnti kan?
Aku pon mcm tu..lain yg kita rancang..lain yg jadi..

Tp, ada jgk yg jadi..Cuma x byk lah..hehehe..

Kalau lah ayah x bawak kami pindah balik Kelantan (dulu kami duk Pahang),
Tentu aku bkn warganegara kelate sekarang ni..heee..
Aku tentu bkn gadis kampong yg di besarkan dlm suasana yg serba kekurangan..

Hidup kami sekeluarga pun x kan jadi mcm sekarang..:)

Tapi…disinilah hidup kami semua bermula..

Aku menghabiskan mase kanak2 aku disini..

Dan aku bangga dgn apa yg aku lalui selama 25 tahun aku hidup..:)

Kalau aku x pindah ke Kelantan, tentu aku x jumpa kawan2 aku yg sekarang ni..

Tentu org lain yg aku akn jumpa..

Kalaulah aku masih sekolah rendah kat jengka dulu, tentu aku x kn jumpa kawan2 aku

Mazilah..amy..noha..farah..

Tp, dah lama x contct mereka..x tahu lah kt mane diorg ada sekrg ni..

Yg sedihnya…aku x dok lansung gmbr2 kenangan kami waktu sekolah rendah dulu..jd..susah skit nak cam muka diaorg lg…hehehe...:)

Kalau lah aku belajar betul2, tentu result upsr aku pon akn betul2 gempak..kalau x tentu aku dah masuk sek.asrama penuh dah waktu tu..

Hehehe.tp tulah..byk sgt main kan..result pon x berapa..jd x kemana lah aku..
Tp tu lah..kalau x, mcmana aku nk jumpa kawan2 aku mase sek.men.jeram ni dulu..:)

Dari ting.1 sampai lah ting.5..disitulah aku betapa..
Berenjoy2 dgn kawan2 aku..

Tp gak..mcm tu lah jgk..

Aku ni byk sgt main…sbb tu result spm aku x berapa elok sgt..

Menyesal pun dah x guna kan…



So..bermula lah kehidupan aku di ting.6…bkn calang2 sekolah lak tu..tiba2 aku kena pegi form 6 kat kb..bayangkanlah..boleh bilang dgn jari berapa kali aku prnh pg kb..hehehe..dasyatkan aku..

Knp yer aku x mintak u waktu tu????erm…aku pun x tahu knp..

Yg pasti semua keputusan, ayah aku yg buat…so..aku ikut jelah

Di SIC…buleh di katakan disini lah hidup aku benar2 bermula..aku belajar ttg hidup..ttg persahabatan..cinta..ttg asal usul aku..segala-galanya lah..

Yg pastinya, disinilah memori aku yg paling cukup bermakna sekali..

Aku ada kehidupan yg ckup sempurna waktu ni..aku ada kawan2 yg cukup rapat, ckup memahami aku..

Walaupun tempohnya Cuma singkat, tp aku benar2 bersyukur krn aku di beri peluang utk berada di sana..menghabiskan masa belajar aku di sana..

Terima kasih yg teramat sgt tuk kawan2 di form 6 omega serta kawan2 di dorm aisyah A..





Selepas hbs jer stpm punye exm, aku isi uitm intake bln 12..yg ni..mmg aku sndiri yg buat keputusan erk..:)

Mungkin dh namanya rezeki, aku dpt uitm arau..betul2 sebulan slps aku hbs exm..

Dpt lak kos akaun..tp diploma lah..hihi..mmg x prnh hayat pon aku amek akaun..tp alhamdullilah..aku buleh bawak jgk kos ni..walaupun result x berapa jgk..3 tahun aku hbs kan masa aku di sana..

Ohyer..mungkin bkn rezeki aku tuk sambung ijazah..biasalah..mase form 6 dulu pon aku byk main jgk..huhuhu..

Dkt arau lak..hidup semakin mencabar..aku pon byk alami perubahan bila pegi sana..

Walaupun byk jgk kenangan aku kt sana…terutamanya dgn kawan2, namun ada jgk perkara yg x perlu kita ingt kan lg..ehhehe..
Apa2 pon, kawan2 kat arau adalah yg paling sempoi sekali…aku bangga sbb pernah jadi warga akaun..mmg sedih sbb terpaksa tinggalkan kos ni..tp, sbb aku x minatkan..terpaksalah..






Dan sekarang..disinilah aku berada..dungun..knp aku x pergi s.alam????sbb dah takdir aku kt sini kot..hehehe..amik kos yg lg terpesong lak tu..hehehe..sekolah amek pure sains, diploma amek akaun, dgree lak amek islamic banking.mcm2 kn..:).insyaAllah..hujung tahun ni, aku akn hbs dgree ni..kalu ada rezeki lg, master lak..hihihi
alhamdulillah sbb aku sempat jgk buat degree…walaupun umur dah meningkat…sedangkn org lain semua dah kije dah…tp aku masih disini..



namun, aku bersyukur sbb mungkin ada hikmah knp perjalanan aku tuk belajar ni amek masa yg agak panjang..sbb ilmu & pengalaman yg aku dpt tu pentingJ
dan yg paling penting, aku punye memori yg ckup indah tuk aku simpan smpai ke akhir hayat aku..:)


“" tak ada insan suci yang tak ada masa lampau...dan tak ada insan berdosa yang tak mempunyai masa depan.." (◕‿◕)

Puisi Nabi S.A.W utk insan bergelar wanita…





Dialah peneman waktu bersendirian..

Penghibur waktu kesedihan…

Peringan beban-beban dan kesusahan..

Pengelak dari membuat maksiat pada Tuhan..

Penambah semangat untuk buat ketaatan..

Penguat semangat ketika dalam kelemahan..

Pembantu dalam perjuangan..

Penyelesai bagi segala permasalahan..

Penampung bagi segala kekurangan..

Penegur ketika melakukan kesalahan..

Dialah anugerah Tuhan……


“" tak ada insan suci yang tak ada masa lampau...dan tak ada insan berdosa yang tak mempunyai masa depan.." (◕‿◕)

Sunday, January 16, 2011

khas buat kak wani tersayang..:)


lama x dgr suara k.wani...

teringat pulak masa zaman2 kita kat arau dulu..hehehe..

rindu sgt nk kembali pada saat2 manis kita masa kat arau dulu kan?

maaf deh sbb x byk luangkan masa tuk k.wani..

org tahu, k.wani lalui hari2 yg sukar kat sane...

tp org tahu, k.wani mesti buleh hadapi semua rintangan..

betul x?

you are the best ever fren that i have even meet..so, i want u to know that wherever i go, wherever i being, 

i always be with u..remember that ok:)

jgn sedih2 k..senyuk sokmo..u should be beautiful always..hehehehe

chayok..chayok..chayok..gambate..gambate..hehehe

u still cheerful like before:)

org suka pic ni..hehehe

hehe..yg ni pon..jgn marah erk:)


org sayang k.wani tau..mmmuaahhh!!!!!!!

“" tak ada insan suci yang tak ada masa lampau...dan tak ada insan berdosa yang tak mempunyai masa depan.." (◕‿◕)

Friday, January 14, 2011

anugerah...



mereka adalah satu anugerah yg x ternilai harganya..

mungkin aku belum pernah merasai bagaimana rasanya perasaan seorg ibu..

tp, aku tahu..itu adalah satu perasaan yg indah..

pengalaman aku menjaga anak2 buah aku sudah ckup mengajar aku erti pengorbanan sebenarnya..



hehehehehehe...

sentimental value pulak aku ni tiba2..(+=+)
sbnrnya aku suka budak2..(walaupun kdg2 budak2 takut tgk aku..huhuhhu)

tp..aku cuma x berani jer..kecuali dgn anak2 sedara n adik2 aku..

kalu anak org lain tu mmg aku x berani pegang la..hehehehe..

moral story nya kat sni bnrnya, aku bangga sbb aku dpt merasai pengalaman sbg seorg ibu saudara..

hehehehe..

seronok sebenarnya..

hilang segala masalah..tekanan..bila tgk muka diaorg..

mungkin inilah yg dinamakn anugerah Allah..

apa2pon..aku sayang korang sume..hehehe..

peace no war..(O+O)

ni ada gmbr anak2 buah n adik aku yg bongsu..



“" tak ada insan suci yang tak ada masa lampau...dan tak ada insan berdosa yang tak mempunyai masa depan.." (◕‿◕)