Monday, September 27, 2010

Lima Jenis Racun dan Lima Penawarnya;




1. Dunia itu racun, zuhud itu ubatnya.
2. Harta itu racun, zakat itu ubatnya.
3. Perkataan yang sia-sia itu racun, zikir itu ubatnya.
4. Seluruh umur itu racun, taat itu ubatnya.
5. Seluruh tahun itu racun, Ramadhan itu ubatnya.

“" tak ada insan suci yang tak ada masa lampau...dan tak ada insan berdosa yang tak mempunyai masa depan.." (◕‿◕)

Kubur Setiap Hari Menyeru Manusia Sebanyak Lima Kali




1. Aku rumah yang terpencil, maka kamu akan senang dengan selalu membaca Al-Quran. 
2. Aku rumah yang gelap, maka teranglah aku dengan selalu solat malam. 
3. Aku rumah penuh dengan tanah dan debu, bawalah amal soleh yang menjadi hamparan. 
4. Aku rumah ular berbisa, maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar. 
5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nakir, maka banyaklah bacaan "Laailaha illallah, Muhammadur Rasulullah", supaya kamu dapat jawapan kepadanya. 


“" tak ada insan suci yang tak ada masa lampau...dan tak ada insan berdosa yang tak mempunyai masa depan.." (◕‿◕)

5 sahabat chenta


Bersahabat memang best tapi ramai yg mula-mula jadik sahabat, lelama jadik muksibat. Apapun pilih lah yang terbaik dari apa yang terjadi dalam hidup ini. Tuhan tau apa yang baik untuk hambanya. Kalau kita terus menerus menipu orang. hentikan perbuatan tuh. Kalau kita terus menerus buat maksiat pun hentikan cepat sebelum kita tak sempat bertaubat. Hidup didunia nie memanglah mcm dalam syurga kalau kita tak ingat dosa dan pahala. Tapi kita juga ada agama, mudah untuk difahami tinggalkan yang dilarang buatlah apa yang disuruh. Yang tak disuruh tinggalkan lah. Syurga dunia tak akan kekal abadi. Syurga yang hakiki menanti kita. Fikir-fikirkanlah...
Nasihat al-Qamah:
Lima cara pilih sahabat
Nasihat yang boleh diikuti dalam membina persahabatan ialah sebagaimana pesanan al-Qamah (seorang sahabat Rasulullah saw) kepada anaknya:

Pertama: Pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya. Dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan.

Kedua: Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menghitung-hitungkan (menyebutnya).

Ketiga: Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai keburukan dirimu ia suka menutupinya.

Keempat: Pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.

Kelima: Sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu
mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang berat dia
suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu.

Dalam memilih sahabat kita hendaklah memilih sahabat yang baik agar segala matlamat dan
hasrat untuk memperjuangkan Islam dapat dilaksanakan bersama-sama sahabat yang mulia.

Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :

"Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan,
Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu,
Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu,
..dan dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat
kepada Dzat yang Memiliki mu."

“" tak ada insan suci yang tak ada masa lampau...dan tak ada insan berdosa yang tak mempunyai masa depan.." (◕‿◕)

Wednesday, September 01, 2010

Yang terindah



Semenjak kau hadir dalam hidup ku..
Tiada lagi keresahan..
Kau mengetuk pintu hatiku..
Tanpa sedar hingga ku izinkan..
Kau yang bernama cinta..
Kau yang memberi rasa..
Kau yang ilham kan bahagia..
Hingga aku terasa indah..
Maaf jika ku tidak sempurna..
Tika bahagia mula menjelma..
Bila keyakinan datang merasa..
Kasih disalut dengan kejujuran..
Mencintai dirimu..
Merindui dirimu..
Memiliki diri mu..
Hingga akhir hayat bersama kamu..

“" tak ada insan suci yang tak ada masa lampau...dan tak ada insan berdosa yang tak mempunyai masa depan.." (◕‿◕)