Saturday, August 28, 2010

teka-teki

Satu pertandingan menjawab teka-teki telah diadakan antara sang monyet dan kura-kura. Al-kisahnya, mereka sebenarnya nak beradu kekuatan, tetapi tidak mahu menggunakan cara cerita zaman kanak-kanak dulu yang mana arnab berlumba lari dengan kura-kura..
Mengikut mereka, zaman IT ni lebih baik meraka menggunakan kepintaran akal dalam menjawab teka-teki. Teka-teki dimulakan dengan monyet (yang agak angkuh) bertanya soalan kepada kura-kura..


Monyet : Apakah yang sama macam lembu, muka macam lembu, ekor macam lembu, tanduk macam lembu... tetapi bukan lembu.. Kura2 : Nanti aku fikir sekejap..
Monyet : Jangan lama-lama sangat. Ini tak main talian hayat tau!
(Monyet merasakan bahawa kura-kura pasti tidak boleh menjawab soalannya.)
Kura2 : Aku rasa jawapannya ialah.... GAMBAR LEMBU... Betul tak nyet??
Monyet : Betul!!
Kura2 : Soalan tu, budak pra sekolah pun boleh jawab.
Monyet : Ye lah tu.... Soalan kau pulak macamana?? Aku tak sabar nak jawab ni..
Kura2 : Buah apa yang sering menimbulkan pertanyaan??
Monyet : Ada berapa talian hayat?
Kura2 : Aku bagi kau teka sampai 3 kali.
Monyet : Durian..
Kura2 : Salah..
Monyet : Rambutan
Kura2 : Salah jugak
Monyet : Buah tangan
Kura2 : Pun salah
Monyet : Kalau semua salah.... apa jawapannya?
Kura2 : Buah epal
Monyet : Kenapa buah epal??
Kura2 : Tu.. kau dah buat pertanyaan..... Ini bermakna buah epal lah jawapannya.
Ini bermakna aku menang!!!
Kura2 meninggalkan monyet yang masih termanggu-manggu memikirkan jawapan yang diberi

“" tak ada insan suci yang tak ada masa lampau...dan tak ada insan berdosa yang tak mempunyai masa depan.." (◕‿◕)

No comments:

Post a Comment