Saturday, August 28, 2010

lumrah hidup org yg bercinta..



entry aku sejak akhir2 ni byk pulak sal cinta erk..hehehe..

bukan nak ckp aku ni suke jiwang2 ni..tp Cuma nak kongsi sedikit pengalaman n pendapat je..huhuhuhu..

sekarang ni, yg buat hati aku cukup tersentuh bila tgk kawan aku putus cinta..berat sungguh rasenya kena tanggung perasaan n hati ni bile putus cinta kan..

tentulah aku faham keadaan die sbb dulu pon aku pernah alami apa yg die alami sekarang..huhhuu..

bile tgk keadaan die, teringat pulak kisah cinta pilu aku dulu..bile org yg kita syg ade perempuan lain..Cuma yg berbezanya dgn kawan aku ni, cinta mereka cinta terhalang..lagi menyayat hati kan?...erm..tp dlm kes ni, laki tu yg mtk putus..

mungkin dah takdir diaorg mcm ni..kena lah kite terima kan..Cuma yg buat aku terkilan, knp laki tu sanggup buat kawan aku mcm tu..huhuhu..smpai hati die bermanja2 dgn perempuan lain dlm facebook( mase masih couple)…mcmana x hancur hati kawan aku ni bile dapat tahu n tgk sendiri dlm fb tu..kot ye pon korang ada masalah, tp sekurang2 nya hormat la sikit hati gadis yg pernah korang puja dulu ni, yg pernah korang berjanji tuk sehidup semati ni..die pon punyer hati n perasaan jgk..sanggup org yg plg die syg, paling percaya buat die mcm tu..

aku bkn nak mengaibkan sape2..tp aku Cuma terkilan la…kenapa mesti melukai hati org lain demi diri kita sendiri…???

“" tak ada insan suci yang tak ada masa lampau...dan tak ada insan berdosa yang tak mempunyai masa depan.." (◕‿◕)

teka-teki

Satu pertandingan menjawab teka-teki telah diadakan antara sang monyet dan kura-kura. Al-kisahnya, mereka sebenarnya nak beradu kekuatan, tetapi tidak mahu menggunakan cara cerita zaman kanak-kanak dulu yang mana arnab berlumba lari dengan kura-kura..
Mengikut mereka, zaman IT ni lebih baik meraka menggunakan kepintaran akal dalam menjawab teka-teki. Teka-teki dimulakan dengan monyet (yang agak angkuh) bertanya soalan kepada kura-kura..


Monyet : Apakah yang sama macam lembu, muka macam lembu, ekor macam lembu, tanduk macam lembu... tetapi bukan lembu.. Kura2 : Nanti aku fikir sekejap..
Monyet : Jangan lama-lama sangat. Ini tak main talian hayat tau!
(Monyet merasakan bahawa kura-kura pasti tidak boleh menjawab soalannya.)
Kura2 : Aku rasa jawapannya ialah.... GAMBAR LEMBU... Betul tak nyet??
Monyet : Betul!!
Kura2 : Soalan tu, budak pra sekolah pun boleh jawab.
Monyet : Ye lah tu.... Soalan kau pulak macamana?? Aku tak sabar nak jawab ni..
Kura2 : Buah apa yang sering menimbulkan pertanyaan??
Monyet : Ada berapa talian hayat?
Kura2 : Aku bagi kau teka sampai 3 kali.
Monyet : Durian..
Kura2 : Salah..
Monyet : Rambutan
Kura2 : Salah jugak
Monyet : Buah tangan
Kura2 : Pun salah
Monyet : Kalau semua salah.... apa jawapannya?
Kura2 : Buah epal
Monyet : Kenapa buah epal??
Kura2 : Tu.. kau dah buat pertanyaan..... Ini bermakna buah epal lah jawapannya.
Ini bermakna aku menang!!!
Kura2 meninggalkan monyet yang masih termanggu-manggu memikirkan jawapan yang diberi

“" tak ada insan suci yang tak ada masa lampau...dan tak ada insan berdosa yang tak mempunyai masa depan.." (◕‿◕)

Wanita Ketegaq (keras kepala)!




Menurut majalah tersebut, pada suatu hari, seorang gadis yang terpengaruh dengan cara hidup
masyarakat Barat menaiki sebuah bas mini untuk menuju ke destinasi di wilayah Iskandariah.

Malangnya walau pun tinggal dibumi yang terkenal dengan tradisi keislaman, pakaian gadis tersebut
sangat menjolok mata. Bajunya agak nipis dan seksi hampir terlihat segala yang patut disembunyikan bagi seorang perempuan dari pandangan lelaki ajnabi atau mahramnya.Gadis itu dalam lingkungan 20 tahun. Di dalam bas itu ada seorang tua yang dipenuhi uban menegurnya.

"Wahai pemudi! Alangkah baiknya jika kamu berpakaian yang baik, yang sesuai dengan ketimuran dan adat serta agama Islam kamu, itu lebih baik daripada kamu berpakaian begini yang pastinya menjadi mangsa pandangan liar kaum lelaki...." nasihat orang tua itu.Namun, nasihat yang sangat bertetapan dengan tuntutan agama itu dijawab oleh gadis itu dengan jawapan mengejek. "Siapalah kamu hai orang tua? Apakah di tangan kamu ada anak kunci syurga? Atau adakah kamu memiliki sejenis kuasa yang menentukan saya bakal berada di syurga atau neraka?"
Setelah menghamburkan kata-kata yang sangat menghiris perasaan orang tua itu gadis itu tertawa mengejek panjang. Tidak cukup setakat itu, si gadis lantas cuba memberikan telefon bimbitnya kepada orang tua tadi sambil melafazkan kata kata yang lebih dahsyat.

"Ambil hanphone ku ini dan hubungilah Allah serta tolong tempahkan sebuah bilik di neraka jahannam untukku," katanya lagi lantas ketawa berdekah-dekah tanpa mengetahui bahawasanya dia sedang mempertikaikan hukum Allah dengan begitu biadab.

Orang tua tersebut sangat terkejut mendengar jawapan dari si gadis manis. Sayang wajahnya yang ayu tidak sama dengan perilakunya yang buruk. Penumpang-penumpang yang lain turut terdiam ada yang menggelengkan kepala kebingungan. Semua yang di dalam bas tidak menghiraukan gadis yang masih muda itu yang tidak menghormati hukum hakam itu dan mereka tidak mahu menasihatinya kerana khuatir dia akan akan menghina agama dengan lebih teruk lagi.

Sepuluh minit kemudian bas pun tiba perhentian. Gadis seksi bermulut celupar tersebut di dapati tertidur di muka pintu bas. Puas pemandu bas termasuk para penumpang yang lain mengejutkannya tapi gadis tersebut tidak sedarkan diri. Tiba tiba orang tua tadi memeriksa nadi si gadis.

Sedetik kemudian dia menggelengkan kepalanya. Gadis itu telah kembali menemui Tuhannya dalam keadaan yang tidak disangka. Para penumpang menjadi cemas dengan berita yang menggemparkan itu.

Dalam suasana kelam kabut itu, tiba tiba tubuh gadis itu terjatuh ke pinggir jalan. Orang ramai segera berkejar untuk menyelamatkan jenazah tersebut. Tapi sekali lagi mereka terkejut. Sesuatu yang aneh menimpa jenazah yang terbujur kaku di jalan raya. Mayatnya menjadi hitam seolah olah dibakar api. Dua tiga orang yang cuba mengangkat mayat tersebut juga kehairanan kerana tangan mereka terasa panas dan hampir melecur sebaik saja menyentuh tubuh si mayat.

Akhirnya mereka memanggil pihak keselamatan menguruskan mayat itu. Begitulah kisah ngeri lagi menyayat hati yang menimpa gadis malang tersebut. Apakah hasratnya menempah sebuah bilik di neraka dimakbulkan Allah? Nauzubillah, sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa di atas segala sesuatu. Sangat baik kita jadikan ikhtibar dan pelajaran dengan kisah benar ini sebagai muslim sejati. Jangan sekali sekali kita mempertikaikan hukum Allah dan mahupun sunnah RasulNya saw dengan mempersendakan atau ejekan.

Kata kata seperti ajaran Islam tidak sesuai lagi dengan arus kemodenan dunia hari ini atau sembahyang tidak akan buat kita jadi kaya dan seumpamanya adalah kata kata yang sangat biadab dan menghina Allah, pencipta seluruh alam. Ingatlah teman, kita boleh melupakan kematian, tetapi kematian tetap akan terjadi bagi kita. Hanya masanya saja yang akan menentukan bila kita akan kembali ke alam barzakh.

Janganlah menjadi orang yang bodoh, siapakah orang yang bodohitu? Mereka itulah orang yang ingin melawan Tuhan Rabbul alamin. Apabila anda enggan melaksanakan suruhan Tuhan bererti anda ingin melawan arahan Tuhan. Sewaktu di sekolah anda tertakluk dengan undang-undang sekolah, dalam pekerjaan anda tertakluk dengan undang-undang yang di lakar oleh majikan anda, di dalam negeri anda tertakluk di bawah undang-undang negara anda. Begitu taksub sekali anda terhadap undang-undang itu hingga terlalu prihatin takut kalau melanggar undang-undang itu.
Apabila anda berpijak di bumi ini, anda juga tertakluk dengan undang-undang yang telah di gubal oleh yang menjadikan bumi ini. Setiap Sultan ada taman larangannya, begitu juga Allah swt. Taman laranganNya adalah perkara-perkara yang telah diharamkan bagi hamba-hambaNya di muka bumi ini.

Sama samalah kita memohon agar Allah sentiasa memberi kita petunjuk di atas jalan yang benar dan
kekuatan agar sentiasa dapat menjaga lidah kita.

*Dipetik dari majalah Iskandariah Mesir 'MANAR ISLAM'

“" tak ada insan suci yang tak ada masa lampau...dan tak ada insan berdosa yang tak mempunyai masa depan.." (◕‿◕)

Sunday, August 22, 2010

Mencintai tak semestinya memiliki..


Inilah prinsip yg aku pegang selama ni..mencintai x semestinya memiliki..
sbb bg aku, walau sekuat, setinggi, sedalam mana pon cinta kita pada seseorg tu, x semestinya kita akan dapat memilikinya suatu hari nanti..kalau dah mmg tersurah dkt Luh Mahfuz sane, 
kita mmg x boleh nak buat apa2…
berjanji lah kita walau sampai ke hujung nyawa sekali pon..
tp kalu dah Allah dah tetapkan begitu, begitu lah yg akan berlaku..

Adakah kerana aku pegang prinsip ini, aku selalu gagal dlm percintaan aku?
erm…entah lah..mungkin yer..mungkin x..mungkin dulu aku selalu sgt mengalah sehinggakan aku beri ruang tuk muncul org ketiga..
mungkin juga sbb aku terlalu jujur, ikut jer ckp org..erm..mungkin..
Mencintai x semestinya kita membiarkan org lain menyakiti kite.
tp mencintai memberi kita ruang tuk merasa apa itu bahagia..
bahagia kerana dpt merasai manis nya anugerah yg Allah bagi ni..namun..
x semua bahagia itu akan terus berakhir dgn kebahagian..akan ada yg kecewa..
akan ada yg terluka..akan ada yg merana..akan ada yg membunuh diri..
akan ada yg menjadi penghuni neraka..semuanya kerana cinta sesame manusia..
kerana itu lah..
mencintai x semestinya memiliki…



“" tak ada insan suci yang tak ada masa lampau...dan tak ada insan berdosa yang tak mempunyai masa depan.." (◕‿◕)

Lagi sekali…erm..


Sekali lagi ular masuk dlm rumah sewa aku ni..pelik kan..
rumah org lain x masuk lak..pagi td kira dah 3 kali ular masuk..huhuhu..n pg td..mase aku bangun, betul2 binatang tu ada kat kaki aku…haru..haru..
Mcmana erk nak buat lg..huhuhuhu
Tp ma aku ckp mungkin sbb die bau tikus kot sbb dlm rumah aku mmg ado tikus..2 ekor..huhuhu..
Macamana erk nak rase skrg ni?..fobia kot..yelah..dah dua kali..
bkn binatang biase..ular tu..yg ni pon warna hitam gak..tp besar skit..nasib baik kawan aku nmpk mase die masuk tu..kalu x…x tahu la apa jadi..huhuhu..
Harap-harap pas ni jgn la berlaku benda mcm ni lagi..
kalau lah kitaorg x nmpk benda tu masuk dlm rumah, x dpt nak di bayangkan apa yg akan berlaku nnti..mintak di jauhkan lah..huhuhu..


“" tak ada insan suci yang tak ada masa lampau...dan tak ada insan berdosa yang tak mempunyai masa depan.." (◕‿◕)

Ramadhan..1431 hijrah..






Ramadhan tahun ni mmg cukup bermakna buat aku..
Bahagia dan rasa bersyukur sgt2 dapat sambut ramadhan tahun ni..
Kenapa yer..?
Erm…
Aku bersyukur sgt2 sbb masih di beri peluang tuk merasai nikmat berpuasa..sebelum2 ni x rasa ke nikmat berpuasa???...erm..rase jgk..tp x sekuat ramadhan tahun ni. Terasa diri ini terlalu hina di mata Allah..terasa diri ini begitu lalai sgt sebelum ni..
Tp..syukur alhamdullilah..sbb Allah masih bg aku peluang, sbb aku masih lg bernafas tuk terus merasai kenikmatan bulan ramadhan kali ni..
Entah sempat entah tidak tuk aku merasai ramadhan tahun depan..kita Cuma merancangkan..entah2 aku x sempat nak rasai bulan syawal ni..hehehe..walaubagaimanapon, setiap saat, setiap detik kita sebenarnya perlu sedar n tahu yg kita akan mati bila2 mase je kan..mungkin sekejap lg kita akan mati, mungkin esok, mungkin lusa..
Bersediakah aku kearah itu..??
Namun begitu, aku seharusnya menikmati hari2 aku dgn ikhlas n sabar..sbb aku masih diberi peluang tuk merasai kasih syg family aku..tuk merasai kasih syg mereka2 yg menyayangi aku..bila dah makin matang ni, barulah kita tahu betapa pentingnya mereka tuk kita..barulah kita sedar yg selama ni kita x jalankan tanggungjawab kita dgn baik n sempurna..jadi..nikmatilah hari2 yg ada ini dgn bersungguh2..jgn sesekali melakukan perkara yg telah kita lakukan sebelum ni yg boleh buat kita menyesal seumur hidup..cukup lah..
Semoga Ramadhan tahun ni berjalan dgn lancar..insyaAllah..


“" tak ada insan suci yang tak ada masa lampau...dan tak ada insan berdosa yang tak mempunyai masa depan.." (◕‿◕)

Tuesday, August 10, 2010

pelik tapi x pelik..



2,3 malam yg lepas, ada perkara yg telah terjadi kat rumah sewa aku ni..
Petang tu aku baru je balik dari kuala Terengganu (ada conference)..
Mlm tu mase aku tgh basuh kain (guna mesin..hehehe), tiba2 aku ternampak binatang tau.nmpak mcm cicak..tp sekali panjang giler.warna hitam.dlm hati aku terus terfikir yg tu mmg ular..huhuhuhuhu..terus aku melompat n lari kuar..mmg berdebar giler la..aku dgn housemate aku x tahu nak wak ape..ingt nak telefon gak bomba..tp x cnfrm binatang tu ular ke x.
Piker punyer pikir kitaorg nekad la mitak tolong dgn p.cik yg jual burger kat depan rumah ni..mula2 mmg die ckp die pon x berani gak.tp die setuju gak..hehehehe..
p.cik tu pon cari la kat bawah2 dapur tu..ingt kan binatang tu dah kuar..tp sekali mmg ade n mmg confirm seekor ular..tp p.cik tu ckp, anak ular tu..huhuhuhu..anak pon stay jgk ular kan..huhuhuhu..sekali p.cik tu katok kepala ular tu smpai mati..huhuhuhuhu..
selamat lah kitaorg mlm tu..tp mmg fobia la..nak gi dapur pon hati2 gak, takut ada lg yg laen..p.cik tu ckp gak suh letak limau nipis kat pintu tu.sbb ular takut dgn limau..huhuhhuhu..kalu d pikir kan mmg x logic gak ular buleh masuk rumah kami sbb kami duk kaw.perumahan..lagipon kat belakang rumah kami betul2 ada rumah lain..jd mmg  x pernah terpikir lah yg ular akn masuk..kalu mcm katak tu mmg dah biasa dah..ni ular..huhuhuhu..mtk d jauhkan la..
puncanya pintu belakang rumah aku ni ado lubang kat bawah..sbb tu la binatang2 ni buleh tu..huhuhuhu..yg lebih menyedihkan, bilik aku mmg dekat dgn dapur..bahaya jgk la..huhuhuhu..
pagi tu pulak, dlm kul 5 pg mcm tu la, aku terkejut giler sbb rasa mcm ada bulu jer kat kaki aku.bila aku bkk mata, ado sekor kucing warna putih duk bergesesl kat kaki aku..mcmana aku x terkejut..huhuhuhu..tiba2 ada kucing masuk dlm rumah..warna puteh lak tu..huhuhu..
yg peliknya mcmana kucing tu buleh masuk aku pon x tahu..huhuhuhu
mmg hari yg paling buat aku lemah jantung la..huhuhu

“" tak ada insan suci yang tak ada masa lampau...dan tak ada insan berdosa yang tak mempunyai masa depan.." (◕‿◕)