Saturday, March 06, 2010

pinta ku pada mu..

Pintaku padamu

Kalau esok kasih kita kan hancur jua
Usah ditaburi bumi ini dengan air mata
Dunia bukan semata milik orang bercinta
Hidup jua bukan semata untuk berlagu kecewa…

Dibawah sinar mentari pagi demikian jernihnya
Hayunkan gagah langkahmu sepenuh khidmat
Usapi kesetiaan hati seluruh umat……

Kalau esok jua hidup dijenguk kematian
Usah ditangisi sepinya tanah kelahiran
Nyanyikan lagu perindu kewajah Tuhan
Tanda hatimu setia dalam usia pengembaraan…

Tau-taulah dibintang Satu
Dihari hidup kita mengejar bahagia dalam sengsara
Dihari mati kita megira pahala dalam dosa….

“" tak ada insan suci yang tak ada masa lampau...dan tak ada insan berdosa yang tak mempunyai masa depan.." (◕‿◕)

No comments:

Post a Comment