Monday, March 15, 2010

kisah si pendayung sampan..

Hanya dalam perjalanan pulang itu barulah Professor itu menegur pendayung sampan.

"Kamu dah lama kerja mendayung sampan?" Tanya Professor itu.

"Hampir seumur hidup saya." Jawab pendayung sampan itu dgn ringkas.

"Seumur hidup kamu?" Tanya Professor itu lagi. "Ya". "Jadi kamu tak tahu
perkara-perkara lain selain dari mendayung sampan?" Tanya Professor itu.
Pendayung sampan itu hanya menggelengkan kepalanya. Masih
tidak berpuas hati, Professor itu bertanya lagi, "Kamu tahu geografi?"

Pendayung sampan itu menggelengkan kepala.
"Kalau macam ni, kamu dah kehilangan 25 peratus dari usia kamu." Kata
Professor itu lagi, "Kamu tahu biologi?" Pendayung sampan
itu menggelengkan kepala. "Kasihan. Kamu dah kehilangan 50 peratus usia
kamu. Kamu tahu fizik?" Professor itu masih lagi bertanya.

Seperti tadi, pendayung sampan itu hanya menggelengkan kepala. "Kalau
begini, kasihan, kamu sudah kehilangan 75 peratus dari usia kamu. Malang
sungguh nasib kamu, semuanya tak tahu. Seluruh usia kamu
dihabiskan sebagai pendayung sampan." Kata Professor itu dengan nada
mengejek dan angkuh. Pendayung sampan itu hanya berdiam diri.

Selang beberapa minit kemudian, tiba-tiba hujan turun. Tiba-tiba saja
datang ombak besar. Sampan itu dilambung ombak besar dan
terbalik. Professor dan pendayung sampan terpelanting. Sempat pula
pendayung
sampan itu bertanya, "Kamu tahu berenang?" Pro! fessor itu menggelengkan
kepala.
"Kalau macam ini, kamu dah kehilang 100 peratus nyawa kamu." Kata
pendayung sampan itu sambil berenang menuju ke pantai.

Morale of the Story:

Dalam hidup ini IQ yang tinggi belum tentu boleh menjamin kehidupan. Tak
guna kita pandai dan tahu banyak perkara jika tak tahu perkara-perkara
penting dalam hidup. Adakalanya orang yang kita sangka bodoh itu
rupanya lebih berjaya dari kita. Dia mungkin bodoh dalam bidang yang tidak
ada kena mengena dengan kerjayanya, tapi "MASTER" dalam bidang yang
diceburi.

Hidup ini singkat. Jadi, tanyalah pada diri sendiri, untuk apakah ilmu yg
dikumpulkan jika bukan utk digunakan dan boleh digunakan?



“" tak ada insan suci yang tak ada masa lampau...dan tak ada insan berdosa yang tak mempunyai masa depan.." (◕‿◕)

No comments:

Post a Comment